Kursus Project Management yang manakah sesuai untuk fresh graduate?

CAPM & Prince2 Foundation.


Perlukah Offer Letter yang dikeluarkan oleh MASET perlu tandatangan?

Tidak perlu, hanya LO dan EFSA yang keluarkan oleh YP sahaja perlu ditandatangan.


Bagaimana peperiksaan PeopleCert dijalankan?

Semua peperiksaan PeopleCert dijalankan secara dalam talian (online exam) menggunakan sistem khas yang dipantau oleh Online Proctor.


Online proctor bermaksud peperiksaan dipantau secara langsung oleh pegawai pengawas (invigilator) melalui internet. Anda boleh ambil peperiksaan dari rumah atau pejabat, asalkan ada sambungan internet yang stabil.


Pegawai PeopleCert akan memantau melalui kamera web dan mikrofon untuk pastikan anda mematuhi peraturan peperiksaan.


Terangkan Mod Kursus?

Training akan dijalankan secara online untuk 2 mod latihan iaitu Full Time dan Part Time. Untuk Full time training akan dijalankan dari hari isnin hingga jumaat. Manakala untuk Partime kebanyakan training dijalankan pada hari sabtu dan ahad.


Apakah perbezaan antara Project Management daripada PMI dan PeopleCert?

Beza utama antara Project Management PMI dan PeopleCert ialah dari segi pendekatan dan tahap. PMI (PMP®) lebih sesuai untuk orang yang dah berpengalaman urus projek sebab fokus dia pada praktikal dan standard antarabangsa ikut PMBOK® Guide. Tapi kalau baru nak mula atau nak faham asas cara urus projek ikut gaya PRINCE2®, PeopleCert lebih senang nak ikut dan mesra untuk beginner. Dua-dua diiktiraf seluruh dunia, cuma pilihan bergantung pada pengalaman dan hala tuju kerjaya masing-masing.


PRINCE2® (Projects IN Controlled Environments) diperkenalkan oleh kerajaan United Kingdom dan diperakui oleh PeopleCert. Ia berasaskan kaedah (methodology) yang memberi panduan langkah demi langkah untuk mengurus sesuatu projek dengan struktur, peranan, dan proses yang jelas. PRINCE2® menekankan kepada bagaimana projek dilaksanakan melalui tujuh prinsip, tujuh tema, dan tujuh proses yang saling berkait. Pensijilan ini sesuai bagi mereka yang ingin menguasai pendekatan sistematik dan praktikal dalam pelaksanaan projek, terutamanya di organisasi sektor awam dan syarikat yang mengamalkan metodologi Eropah.


Sementara itu, PMP® (Project Management Professional) dibangunkan oleh Project Management Institute (PMI) dari Amerika Syarikat dan berasaskan rangka kerja (framework). Ia menekankan prinsip, pengetahuan, dan kemahiran pengurusan projek yang boleh disesuaikan mengikut keperluan organisasi. PMP® memberi tumpuan kepada apa yang perlu diuruskan serta bagaimana membuat keputusan strategik, mengurus risiko, dan memimpin pasukan dalam pelbagai jenis projek termasuk pendekatan Agile, Hybrid, dan Predictive. Pensijilan ini lebih meluas digunakan di peringkat global termasuk Amerika, Asia, dan sektor korporat antarabangsa.


Secara ringkas, PRINCE2® lebih berfokus kepada proses dan struktur pelaksanaan projek, manakala PMP® memberi penekanan kepada strategi, kepimpinan, dan kebolehsuaian terhadap pelbagai jenis projek.


macam mana nak submit invoice?

Selepas menandatangani LO dan Education Financing Scheme Agreement (EFSA), peserta perlu menghantar 2 dokumen tersebut kepada MASET untuk kami isukan invois kepada peserta. Selepas mendapat invois, peserta boleh muatnaik dokumen ini selepas status di portal peneraju.org bertukar kepada 'TALENT'. Peserta akan mendapat jumlah pembiayaan ke akaun bank yang didaftarkan di portal dan pembayaran boleh dilakukan terus kepada MASET melalui maklumat akaun yang tertera di dalam invois yang telah diberikan.


Ada min spec tak untuk laptop ke pc?

Recommended Hardware:

  • - Processor (CPU): Quad-core processors (e.g., Intel i5/Ryzen 5 or higher) are recommended for improved performance in computationally intensive tasks.

  • - RAM: 8-16 GB or more is highly recommended for handling larger datasets and complex applications.

  • - Storage: Solid State Drives (SSDs) are recommended for faster loading times and overall system responsiveness. Consider 100GB or more for larger projects and data.

  • - Graphics Processing Unit (GPU): A dedicated GPU with at least 6GB of VRAM is recommended for machine learning and AI workloads that benefit from parallel processing.

Pastu untuk job placement nanti maset tolong carikan ke atau just train untuk jawab iv macam tu je?

MASET akan support untuk facilitate 2-3 interviews dengan syarikat yang bersesuaian dengan pensijilan yang diambil. tapi talents masih perlu commit masa dan usaha untuk prepare dan hadir interview.


Pastu untuk kelas ada recording tak?

Recording akan diberikan sehari selepas kelas di dalam gdrive folder. peserta hanya boleh view rescording melalui link yang diberikan.


Pastu kalau tertinggal kelas ada ganti ke?

Tiada kelas ganti disediakan, tapi MASET akan berikan post-class coaching untuk bantu peserta buat revision bagi mana2 bahagian yang memerlukan lebih pemahaman.


Kalau saya hadir kelas separuh hari sahaja, adakah saya masih akan dapat elaun RM50?

Elaun makan diberikan untuk menggalakkan peserta hadir dan berikan komitmen sepanjang latihan dijalankan. Hanya peserta yang hadir Full Day sahaja akan terima RM 50.


Then bank statement tu cik, saya kena paparkan amaun duit ke? Boleh ke saya censored atas tujuan P&C?

Tidak wajib paparkan amaun, pihak YP hanya nak buat verifikasi yang talents mempunya akaun bank sendiri yang masih aktif digunakan.


Sekiranya program ini sudah bermula dan saya sedang bekerja, bolehkah saya batalkan penyertaan?

Keluar Sebelum Penerimaan (Exit before Acceptance)

Calon menarik diri sebelum YP menandatangani (countersign), dan status bertukar kepada “Accepted.”

  • Permohonan akan dipadamkan secara automatik.
  • Tiada pemindahan dana dibuat, maka tiada bayaran balik diperlukan.
  • Calon bebas untuk membuat permohonan baharu bagi kursus yang sama atau kursus lain pada bila-bila masa.

Keluar Selepas Penerimaan (Exit after Acceptance)

Bakat (talent) menarik diri selepas YP menerima mereka dan mungkin telah membuat bayaran balik bagi beberapa kos (yuran pengajian, yuran peperiksaan, elaun).

  • YP akan membuka kes Exit Recovery.
  • Bahagian Kewangan akan menyemak dan mengira semua bayaran yang telah dibuat.
  • Jabatan Pemulihan (Recovery Department) akan mengeluarkan Surat Pelepasan (Clearance Letter) yang menunjukkan sama ada:
    • - Amaun Pemulihan (jumlah yang perlu dibayar balik), atau
    • - Baki Sifar (Zero-Balance) jika tiada wang yang telah dibelanjakan.
  • Setelah bayaran balik (jika ada) diselesaikan atau baki adalah sifar, kes akan ditutup dan individu tersebut boleh memohon semula untuk skim YP yang lain.

Saya sudah isi form, apakah proses seterusnya?

Selepas imbas kod QR dan mengisi borang pendaftaran MASET, MASET akan berikan surat tawaran dalam masa 5 Hari Bekerja (Sekiranya tidak dapat email dalam inbox boleh check SPAM). Selepas mendapat surat tawaran daripada MASET, peserta perlu memuatnaik Surat Tawaran tersebut semasa mendaftar di portal peneraju.org nanti. Dalam jangka masa 10 Hari, Sekiranya anda lulus, YP akan berikan surat tawaran dan Borang perjajian kepada peserta untuk tawaran Financing Scheme.


Sijil PeopleCert ni laku ke di Malaysia?

Sijil ini diiktiraf di peringkat antarabangsa dan dikeluarkan oleh PeopleCert, sebuah badan pensijilan global yang mengurus pelbagai program profesional seperti PRINCE2®, ITIL® dan Data Science. Ia bagus untuk diambil kerana memberi pengiktirafan rasmi terhadap kemahiran anda, meningkatkan peluang kerjaya, serta diiktiraf oleh organisasi dan majikan di seluruh dunia.


Saya masih belajar dari Universiti, boleh apply ke?

Ya, pelajar universiti boleh memohon. Pihak Yayasan Peneraju ada syarat tertentu untuk kategori pelajar, jadi anda boleh cuba apply jika memenuhi kriteria yang ditetapkan.


Untuk kursus Data Science, semua bidang boleh apply ke?

Ya, semua bidang boleh menyertai kursus Data Science asalkan berminat untuk belajar cara menganalisis data. Tidak memerlukan latar belakang IT kerana asasnya akan diajar dari awal.


Sekiranya saya nak ambil Data Science Analyst terus boleh ke?

Tidak boleh, kerana anda perlu mengambil Data Science Foundation terlebih dahulu. Sekiranya anda mahu, anda boleh terus mengambil Data Science Foundation dan Analyst sekali gus untuk mendapatkan kedua-dua sijil.


Sekiranya saya nak ambil Data Science Analyst terus boleh ke?

Untuk mana-mana kursus Foundation dan CAPM, Diploma/setaraf termasuklah STPM dan ke atas sudah boleh memohon asalkan berminat dan boleh berikan komitmen sepanjang pembelajaran sehingga lulus peperiksaan.


Adakah kelas dijalankan secara dwibahasa dan adakah peperiksaan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu?

Ya, kelas dijalankan secara dwibahasa tetapi peperiksaan akan dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Akan tetapi, ada kelas yang dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, bergantung kepada tenaga pengajar.


kalau takde background programming boleh ke apply kursus under software development?

Boleh sahaja, sebab traning akan start dengan modul asas dahulu untuk memberikan pendedahan kepada peserta dan akan diteruskan dengan modul yang lebih advance.


Apakah kelebihan MASET berbanding ALTI lain?

Kelebihan yang akan diberikan oleh MASET kepada peserta adalah seperti berikut:


  • Achievement Allowance sebanyak RM500

  • Elaun makan sebanyak RM50 sehari

  • Student kits percuma

  • Mock exam dan re-sit exam percuma

  • Post-class coaching untuk bimbingan selepas kelas

  • Pengajar yang bertauliah dan berpengalaman

  • Sokongan penempatan kerja selepas tamat kursus.

Boleh ke saya lulus kalau saya masih baru dan belum ada pengalaman dalam kursus yang saya pilih?

Pihak MASET akan membimbing anda sepanjang proses pembelajaran. Kami turut menyediakan post-class coaching, sample paper dan semua trainer kami adalah bertauliah serta berpengalaman untuk membantu anda lulus dengan yakin. Namun, pastikan anda memilih kursus yang betul-betul diminati dan mampu komited.