Kursus CA2A memberi fokus kepada pemasangan, penyambungan, pengujian, dan penyenggaraan kabel pasangan kuprum di bahagian luaran termasuk sistem aerial (atas tiang) dan underground (bawah tanah). Kursus ini juga merupakan persediaan intensif untuk menduduki Peperiksaan Kecekapan TM (CA2A) yang dikendalikan secara atas talian oleh Telekom Malaysia (TM).


Siapa Yang Sesuai Menyertai Kursus Ini:

  Pekerja teknikal, juruteknik atau kontraktor yang terlibat dalam pemasangan kabel luaran.

  Fresh graduates atau pencari kerja yang berminat dalam industri telekomunikasi.

  Individu yang ingin mendapatkan Sijil Kecekapan yang diiktiraf oleh Telekom Malaysia (TM) dalam kabel kuprum.


Hasil Pembelajaran

Peserta akan dapat :

  Mengetahui kaedah pemasangan dan penyambungan kabel kuprum secara aerial dan bawah tanah.

  Menjalankan ujian sistem kabel luaran dengan berkesan dan selamat.

  Menguasai amalan keselamatan di lokasi kerja terbuka.

  Bersedia untuk menduduki peperiksaan CA2A dengan yakin.


Prasyarat

Tiada prasyarat khusus,

Kandungan kursus ini direka untuk memastikan peserta menguasai topik Latihan seperti berikut secara professional :

Keselamatan Di Tapak Kerja.

  • Pakaian Keselamatan Yang Lengkap.
  • Peralatan Keselamatan Semasa Bekerja Di Jalan Raya.
  • Peralatan Keselamatan Yang Penting Semasa Bekerja Di Waktu Malam.
  • Ketika Bekerja Di Atas, Pekerja Hendaklah Memakai.
  • Keselamatan Di Jalan Raya.
  • Bekerja Dilurang (Talian Bawah Tanah).
  • Bekerja Di Atas Tiang (Talian Atas).

Pengenalan Kepada Rangkaian Kabel Kuprum.

  • Rangkaian Tempatan.

Kabinet Talian Kabel Kupum.

  • Jenis – Jenis Kabinet.

Kabel Utama.

  • Jenis-Jenis dan Ciri-ciri Kabel Utama.

Kerja-Kerja Penarikan Kabel Kuprum Dalam Sesalur.

  • Persedian Sesalur.
  • Peralatan Menguji & Membersih Sesalur.
  • Peralatan Menarik Kabel.
  • Mengendalikan Drum Kabel.

Penyambungan Kabel PEUT-AC.

  • Persediaan Di Lurang.
  • Penutup Sambungan Mekanikal.
  • Menanda Kabel.
  • Kerosakan Kabel.

Sistem Penggera Tekanan Gas (GPA)

  • Kabel yang diberi tekanan gas.
  • Jenis Gas Yang Digunakan.
  • Transducer.
  • Terminator.

Kabel Agihan (Talian Atas)

  • Kod Warna Kabel Agihan 10 Pasang.
  • Penyambungan Kabel Integral Bearer (IB).

Kelengkapan Tiang, Umbang & Peralatan Menarik Kabel

  • Jenis Tiang.
  • Kedalaman Tanam Tiang.
  • Kelegaan Minima.
  • Umbang.
  • Pemeriksaan Tiang Besi.
  • Kelengkapan Tiang.

Sistem Pembumian

  • Jenis-Jenis Sistem Pembumian.
  • Bahan Bahan Sistem Pembumian.
  • Peralatan Ujian Sistem Pembumian.

Upon successfully passing the examination for this course, participants will be awarded a certificate, an example of which is shown below.

Contoh Sijil Kecekapan CA1C Certificate
Contoh Sijil Kecekapan CA1C Certificate
Kelas Persediaan Ujian Kecekapan Pasangan Kuprum - Pendawaian Luaran (CA2A)
Sijil Kecekapan TM - Pendawaian Dalaman Fiber Optik (CA1C)