Kursus ini direka untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam pemasangan, penyambungan, pengujian, dan penyenggaraan sistem fiber optik di premis pelanggan, khususnya di bahagian dalaman. Ia merupakan kursus persediaan untuk menduduki Peperiksaan Kecekapan TM (CA1C/E07) secara atas talian yang dikawalselia oleh Telekom Malaysia (TM).


Siapa Yang Sesuai Menyertai Kursus Ini:

  Pekerja teknikal, juruteknik atau kontraktor yang terlibat dalam pemasangan kabel dalaman.

  Fresh graduates atau pencari kerja yang berminat dalam industri telekomunikasi.

  Individu yang ingin mendapatkan Sijil Kecekapan yang diiktiraf oleh Telekom Malaysia (TM) dalam bidang fiber optik.


Hasil Pembelajaran:

Peserta akan dapat :

  Memahami prinsip asas fiber optik dan aplikasinya dalam premis pelanggan.

  Melakukan pemasangan, penyambungan dan pengujian kabel fiber optik dan kuprum dengan betul.

  Mengamalkan prosedur keselamatan kerja yang diperlukan semasa bekerja di lokasi pelanggan.

  Bersedia untuk menduduki peperiksaan CA1C dengan yakin.


Prasyarat

Tiada prasyarat khusus,

Kandungan kursus ini direka untuk memastikan peserta menguasai topik Latihan seperti berikut secara professional:

  • Keselamatan di Tapak Kerja.
  • Personal Protective Equipment (PPE).
  • Peraturan Keselamatan Ketika Bekerja Di Atas Tiang.
  • Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil Ketika Menguruskan Kabel Gentian Optik.

  • Pengenalan Kepada Kabel Gentian Optik.
  • Ciri-Ciri Kabel Fiber Optik.
  • Binaan Asas Fiber Optik.
  • Kelebihan Dan Kelemahan Kabel Fiber Optik.
  • Kabel Singlemode Dan Multimode.
  • Penggunaan Kabel Fiber Optik.

  • Pengetahuan AM Tentang Jalur Lebar Gentian Optik.
  • Pengenalan Kepada Rangkaian FTTH.
  • Pendawaian Dalaman.
  • Elemen Yang Terdapat Dalam Rangkaian Access FTTH.
  • Ciri-Ciri Elemen FTTH (OLT, ODF, FDC, FDP, FTB, FWS, ONU).
  • Optical Power Splitter.
  • Fiber Optical Splice Closure (FOSC).

  • Infrastruktur Kabel Gentian Optik.
  • DROP & INDOOR CABLE.
  • Pendawaian Dalaman.
  • Keratan Rentas “Patch Cord” Dan “Fiber Cord”.

  • Pendawaian Dalaman Kabel Gentian Optik.
  • Prosedur Pemasangan Di Rumah Pelanggan.
  • Pemasangan Menggunakan Kabel Bawah.
  • Pemasangan FTTH di bangunan tinggi.
  • Pemasangan Fasc Connector.
  • Pemasangan Fiber Termination Box (FTB).
  • Pemasangan Fiber Wall Socket (FWS).

  • Pengujian Kabel Gentian Optik.
  • Gelombang.
  • Optical Time Domain Reflectometer (OTDR).
  • Optical Time Domain Reflectometer (OTDR).
  • FIBER INSPECTION PROBE (FIP).
  • Visual Fault Locater (VFL).
  • One Click Fiber Cleaner.
  • Fiber Cassette Cleaner.
  • Optical Return Loss (ORL) dan Insertion Loss (IL).
  • Perbezaan Microbending & Macrobending.
  • dBm dan dB.
  • Amali pemasangan FASC pada Drop Fiber.

Upon successfully passing the examination for this course, participants will be awarded a certificate, an example of which is shown below.

Contoh Sijil Kecekapan CA1C Certificate
Contoh Sijil Kecekapan CA1C Certificate
Contoh Sijil Pencapaian dengan 10 Mata CCD CA1C Certificate
Sijil Kecekapan TM - Pendawaian Dalaman Fiber Optik (CA1C)
Sijil Kecekapan TM - Pendawaian Dalaman Fiber Optik (CA1C)