Kursus CA1A memberi penekanan kepada pemasangan, penyambungan, pengujian, dan penyelenggaraan kabel pasangan kuprum untuk premis pelanggan. Kursus ini juga bertujuan mempersiapkan peserta menghadapi Peperiksaan Kecekapan TM (CA1A) yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia (TM).
Siapa Yang Sesuai Menyertai Kursus Ini:
Pekerja teknikal, juruteknik atau kontraktor yang terlibat dalam pemasangan kabel dalaman.
Fresh graduates atau pencari kerja yang berminat dalam industri telekomunikasi.
Individu yang ingin mendapatkan Sijil Kecekapan yang diiktiraf oleh Telekom Malaysia (TM) dalam bidang kabel kuprum.
Hasil Pembelajaran:
Peserta akan dapat :
Menguasai proses pemasangan dan penyambungan kabel pasangan kuprum dalam premis.
Menjalankan pengujian sambungan kuprum dengan betul dan selamat.
Memahami peraturan keselamatan dan amalan kerja terbaik.
Bersedia untuk menduduki peperiksaan CA1A dengan yakin.
Prasyarat
Tiada prasyarat khusus,
Kandungan kursus ini direka untuk memastikan peserta menguasai topik Latihan seperti berikut secara professional :
Pengkelasan bangunan untuk pendawaian dalaman.
- Kategori Bangunan.
- Komponen di dalam bilik Junjungan Agihan Pelanggan (JAP).
Kemudahan peralatan bahagian dalam untuk memasang laluan kabel.
- Riser menegak.
- Kotak Agihan.
- Blok Penamat (Terminal Block).
- Pendawaian telefon.
- Jenis dan saiz kabel dalaman.
- Laluan sesalur.
Pendawaian dalaman premis pelanggan.
- Pendawaian Dalam Rumah Pelanggan.
Upon successfully passing the examination for this course, participants will be awarded a certificate, an example of which is shown below.

