Kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran dalam perancangan, rekabentuk, dan pelaksanaan infrastruktur fiber optik bagi kegunaan dalaman bangunan (premis) dan kawasan luar seperti perumahan dan komersial. Ia penting untuk pihak pemaju, kontraktor, dan jurutera agar pemasangan mengikut piawaian industri dan spesifikasi Telekom Malaysia (TM) atau MCMC.
Objektif Kursus
Peserta akan :
Memahami seni bina dan struktur FTTx.
Menilai loss budget dan keperluan teknikal sistem.
Menghasilkan pelan tapak dan lukisan garisan tunggal (single line).
Mengenal pasti bahan, peralatan dan teknik pemasangan.
Merancang dan melaksanakan pemasangan kabel secara aerial atau bawah tanah.
Menyediakan dokumen teknikal seperti BoM dan BOQ.
Sasaran Peserta :
Kontraktor Telekomunikasi.
Jurutera Reka Bentuk FTTH.
Perunding ICT.
Penyedia Infrastruktur ICT di kawasan perumahan dan bangunan tinggi.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam merancang, merekabentuk dan melaksanakan infrastruktur fiber optik bagi rangkaian dalaman bangunan dan luaran kawasan perumahan. Peserta akan mempelajari prinsip-prinsip asas dalam komunikasi serat optik, pemilihan peralatan dan bahan, serta langkah-langkah praktikal dalam merancang dan mengimplementasikan sistem FTTH. Ini penting untuk pihak pemaju dan kontraktor perumahan memastikan tatacara pemasangan dan perancangan infrastruktur fiber optik mengikut standard yang ditetapkan.
- Architecture.
- Loss Budget Calculation.
- Design Steps : Single Dwelling Unit (SDU), Multi Dwelling Unit (MDU) and Campus Type.
- Basic Civil Works : General Requirements, Open and Micro Trench and Horizontal Directional Drilling.
- Fiber Optic Cable Implementation (Underground & Ariel Installation and Core Assignment Implementation).
- Site Plan and Single Line Drawing.
- Bill of Materials (BoM) and Bill of Quantity (BOQ).
The Rekabentuk, Pemasangan Dan Pelaksanaan Infrastruktur Fiber Optik (FTTx) course is designed to provide participants with the skills and knowledge needed to design, install, and implement Fibre to the x (FTTx) networks.
Learning Outcomes
Setelah menamatkan kursus ini, peserta mampu untuk merancang, merekabentuk, menguji, dan melaksanakan sistem FTTH secara profesional dan berkesan. Mereka juga akan menerima sijil yang diiktiraf oleh CIDB untuk 10 Mata CCD yang dapat meningkatkan kelayakan dan nilai pasaran mereka dalam industri Fiber Optik.
Upon successfully passing the examination for this course, participants will be awarded a certificate, an example of which is shown below.

Pendawaian Dalaman (CA1A)
.jpg)